Pages

Labels

Wednesday 14 November 2012

Cara Buat Duit dengan AUTOMATIK PROMOTE

Macam mana nak buat duit dengan sistem automatik promote? mari sini saya ajar...semuanya dengan SAP

1. Klick Link http://rm30.ibct.my/1679 dan klick TEMPAH SEKARANG
2. Ambil No Bank dan pergi Bank In RM30 SAHAJA!!!
3. Lepas Bank In, Resit Simpan dan Mula Isi borang di Link tadi selepas Klick TEMPAH SEKARANG...
4. Check emel yang mengatakan bahawa permohonan sedang diproses..
5. Selepas 48 Jam( sebenarnya dalam 4 jam sahaja) check emel. semak emel aktif pendaftaran.. 
6. Log in Facebook anda.
7. Log in laman akses SAP anda (tgk d emel)  dan klick pada Modul..
8. Klick Pada aktif modul ( lepas tu aktif dengan allow semua aplikasi tu d FB)
9. Check FB sistem automatik Promote tu..

sebarang pertanyaan sila add FB CIKGU BRONOK ( https://www.facebook.com/putera.bronok)

Tuesday 3 January 2012

FACEBOOK: WTF and LOL..what is the true meaning?

Hi all .. 

You know not what the true meaning of WTF and LOL in facebook?  
If you want to know ... Posted treat the image below.
This mostly use when we want to chat with new user of facebook..



Other picture: 




P/S: Source from ohbest.blogspot.com

Saturday 31 December 2011

Perutusan Tahun Baru 2012


Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP)  dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.
Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.
Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang  berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang  berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan  Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Melalui bajet rakyat 2012 pula  yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.
Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu  mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.
 
P/S  : SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PENGUNJUNG..TAHUN BARU, AZAM BARU,SEMANGAT BARU..

Thursday 29 December 2011

Tips Memilih Buah-buahan Yang Segar...


Apabila ingin membeli buah-buahan,diingatkan berjimatlah dalam berbelanja..Jangan membeli buah-buahan secara berlebihan walaupun harganya murah. Hal ini kerana buah-buahan tempatan tidak tahan lama jika disimpan lebih daripada tiga hari. Rasanya juga akan menjadi kurang sedap..


Cara Memilih Buah-Buahan
  Beli buah-buahan pada musim buah agar dapat buah-buahan yang lebih bermutu tinggi.
  Apabila membeli betik atau pisang, janganlah dipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-buahan menjadi lebam,rosak dan cepat busuk.

Jangan Membeli Ketika Pembeli-pembeli Lain Sedang Ramai atau Berebut-rebut Kerana:-
- harga menjadi lebih mahal
- Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.

Perhatikan Keadaan Buah-buahan tersebut:-
-  Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan segar dan tidak layu.
-  Rasanya berat
-  Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atau binatang.
-  Tampuknya tidak mempunyai tanda menunjukkan telah lama dipetik atau telah lama diperam.

Petua Mengenali Nanas Yang Masak:
- Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.
- Jambul atau kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nanas mudah ditanggalkan.
- Warna nanas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kunin g keemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.

Petua Mengenali Tembikai yang Masak:
- Kulitnya agak licin.
- Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung warnanya putih kuning air.

Sekiranya Tembikai Itu Tekah Dibelah, Pastikan:
- Jangan mudah terpengaruh dengan warna merah kerana ia mungkin dibalut dengan plastik berwarna merah.
- Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri, bukannya pucat. Manakala isinya pejal dan rongga-rongganya kasar.
- Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitam dan agak keras. 


Saturday 24 December 2011

AJAIB: Kucing Guna Itik Buat Silap Mata

Boring tak? Aku boring ni..jom kita tengok kucing ni buat silap mata..tetapi nak pastikan silap mata ni menjadi,jom la kita ikut step-step yang kucing ni nak..


1. Pilih salah satu kad di bawah. Tak payah klik. Cuma ingat dan simpan dalam otak korang saja.





2. Dah pilih? Ok, sekarang tengok kucing kat bawah ni selama beberapa saat.kucing ni nak baca jampi..

  Wahai itik sakti...tunjukkan aku apakah kad yang dipilih oleh pembaca ini.. MEOWWWW!!!



3. Yeah! Kucing tu dah ambik kad yang korang pilih. Hahaha...


Betul tak apa yang kucing ni pilih?AJAIB kan?hahahahaha...kalau korang PEKA korang akan tahu trick kucing ni..dia tak nak dedahkan kerana katanya ahli silap mata tidak akan mendedahkan silap matanya pada orang lain..Selamat mengkaji trick kucing ni..


P/S : Hope korang dapat hilangkan bosan korang..

Friday 23 December 2011

Perlu Tahu : Mit0s atau FaKta c0KlaT

Mengapa ramai orang suka makan coklat? Sudah tentu mereka sukakan rasanya..SEDAP kan? Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh mana kebenaran ini.


MITOS:
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.


FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium-9%;Riboflavin-9;Protein-6%;Zat Besi-3%;Vitamin A- 2.4%;Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Coklat sungguh berkhasiat.


MITOS:
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.


FAKTA:
Kajian yang dijalankan di Michigan State Universiti menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS:
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.

FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. Cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg;1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.


MITOS:
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.

FAKTA:
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS:
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

FAKTA:
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan 44 milligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligramsbagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat(lebih kurang 50-1.5auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.


MITOS:
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.

FAKTA:
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


SUMBER : HARIAN METRO(Sabtu,24 Disember 2011)(page R16)


P/S : Kawan-kawan kirim coklat banyak ni..penuh beg dengan coklat ja nanti..

Thursday 22 December 2011

KEUNIKAN MATEMATIK...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
... 1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))
 
Sumber dari : Mohd Shafal (rakan FB)