Pages

Labels

Friday 23 December 2011

Perlu Tahu : Mit0s atau FaKta c0KlaT

Mengapa ramai orang suka makan coklat? Sudah tentu mereka sukakan rasanya..SEDAP kan? Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh mana kebenaran ini.


MITOS:
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.


FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium-9%;Riboflavin-9;Protein-6%;Zat Besi-3%;Vitamin A- 2.4%;Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan.Coklat sungguh berkhasiat.


MITOS:
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.


FAKTA:
Kajian yang dijalankan di Michigan State Universiti menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperoleh dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS:
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.

FAKTA:
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. Cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg;1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.


MITOS:
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.

FAKTA:
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya,faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS:
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

FAKTA:
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat,mengandungi antara 28 dan 44 milligrams kafein secawan.Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligramsbagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat(lebih kurang 50-1.5auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.


MITOS:
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.

FAKTA:
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


SUMBER : HARIAN METRO(Sabtu,24 Disember 2011)(page R16)


P/S : Kawan-kawan kirim coklat banyak ni..penuh beg dengan coklat ja nanti..

2 comments: