Pages

Labels

Thursday 29 December 2011

Tips Memilih Buah-buahan Yang Segar...


Apabila ingin membeli buah-buahan,diingatkan berjimatlah dalam berbelanja..Jangan membeli buah-buahan secara berlebihan walaupun harganya murah. Hal ini kerana buah-buahan tempatan tidak tahan lama jika disimpan lebih daripada tiga hari. Rasanya juga akan menjadi kurang sedap..


Cara Memilih Buah-Buahan
  Beli buah-buahan pada musim buah agar dapat buah-buahan yang lebih bermutu tinggi.
  Apabila membeli betik atau pisang, janganlah dipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-buahan menjadi lebam,rosak dan cepat busuk.

Jangan Membeli Ketika Pembeli-pembeli Lain Sedang Ramai atau Berebut-rebut Kerana:-
- harga menjadi lebih mahal
- Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.

Perhatikan Keadaan Buah-buahan tersebut:-
-  Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan segar dan tidak layu.
-  Rasanya berat
-  Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atau binatang.
-  Tampuknya tidak mempunyai tanda menunjukkan telah lama dipetik atau telah lama diperam.

Petua Mengenali Nanas Yang Masak:
- Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.
- Jambul atau kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nanas mudah ditanggalkan.
- Warna nanas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kunin g keemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.

Petua Mengenali Tembikai yang Masak:
- Kulitnya agak licin.
- Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung warnanya putih kuning air.

Sekiranya Tembikai Itu Tekah Dibelah, Pastikan:
- Jangan mudah terpengaruh dengan warna merah kerana ia mungkin dibalut dengan plastik berwarna merah.
- Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri, bukannya pucat. Manakala isinya pejal dan rongga-rongganya kasar.
- Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitam dan agak keras. 


No comments:

Post a Comment